MPJ TERIMA PENGIKTIRAFAN ANUGERAH BANDAR PALING BAHAGIA 2025


Tahun 2025 bermula dengan langkah kanan buat Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) apabila menerima pengiktirafan sebagai Bandar Paling Bahagia 2025, sekali gus terus mencipta kejayaan yang membanggakan.
Pengiktirafan ini diberikan kepada bandar yang mencatat skor tertinggi dalam Indeks Kebahagiaan Malaysia, yang diukur menerusi Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets). Penilaian dilakukan berdasarkan 14 aspek utama, termasuk tahap tekanan hidup, kesihatan, hubungan kekeluargaan, keharmonian kejiranan, pengurusan kewangan, serta tahap kepuasan terhadap kemudahan dan kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.
Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming sempena Majlis Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025, yang berlangsung di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya.
MPJ merupakan salah satu daripada 20 bandar yang terpilih untuk menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2025.
Penyampaian anugerah telah diterima oleh Yang Dipertua MPJ, YBrs. Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MPJ serta komuniti Jasin atas kejayaan ini!