Soalan : Bilakah tarikh memperbaharui semula lesen yang telah diluluskan? Jawapan : Tarikh memperbaharui lesen semula ialah setiap 1hb Nov. hingga 31 Dis pada setiap tahun. |
Soalan : Adakah perlu memaklumkan kepada majlis sekiranya perniagaan telah ditamatkan? Jawapan : Perlu, ia adalah untuk mengemaskini data/ maklumat lesen. |
Soalan : Adakah perlu permohonan semula/baru sekiranya perniagaan berpindah milik? Jawapan : Must, because name of the business owner changed. |
Soalan : Adakah perlu permohonan semula sekiranya berpindah premis perniagaan? Jawapan : Perlu, kerana lokasi perniagaan dan alamat telah berubah. |
Soalan : Kenapa didenda walaupun telah membuat permohonan? Jawapan : Walaupun telah membuat permohonan tetapi dikenakan denda kerana perniagaan telah diwujudkan sebelum lesen diluluskan. |
Soalan : Berapakah harga lesen/ patil untuk seekor anjing? Jawapan : RM 5.00 untuk seekor anjing |
Soalan : Bayaran proses yang dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan? Jawapan : Bayaran proses yang dikenakan adalah sebanyak RM 10.00 |
Soalan : Berapakah harga untuk satu borang permohonan lesen? Jawapan : Harga untuk satu borang permohonan ialah RM 2.00 |
Soalan : Bagaimana seseorang itu tahu samada dewan masih kosong atau telah ditempah oleh pihak lain? Jawapan : Untuk mengetahui sama ada gelanggang masih kosong atau telah ditempah pada sesuatu tarikh tertentu, anda bolehlah menghubungi kami di talian telefon 06-5291 245 sambungan127 Kakitangan kami bersedia untuk membantu. |
Soalan : Bagaimana untuk menggunakan gelanggang badminton, futsal? Jawapan : Untuk menggunakan gelanggang di dewan Majlis Perbandaran Jasin, anda bolehlah datang ke Majlis Perbandaran Jasin dan berurusan di kaunter kami. |
- 1