MENU

Institut Kemahiran MARA merupakan salah sebuah Institut Pengajian Tinggi yang terletak di Simpang Kerayong, Jasin kira-kira 2.5 km dari Bandar Jasin. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri dalam menambahkan bilangan gunatenaga mahir bumiputera dalam beberapa bidang dan tahap kemahiran untuk sektor perdagangan dan perindustrian disamping mewujudkan sumber bakal-bakal usahawan maka pelbagai bidang kursus ditawarkan di IKM.

Pusat Tahfiz Al-Quran Anjung Batu

Lokasinya yang terletak berhampiran dengan Selat Melaka memberikan keselesaan kepada para penuntutnya. Pusat pengajian ini boleh menampung lebih kurang 300 orang pelajar buat masa ini dan mungkin akan bertambah bilangannya di masa akan datang. Sebarang pertanyaan sila hubungi 06-524 7286/88.

Politeknik Merlimau

Politeknik Merlimau yang terletak lebih kurang 3 km dari Bandar Merlimau dan 15 km dari pusat bandar Jasin merupakan salah satu IPTA yang terbesar di Malaysia yang mana boleh menampung seramai 6,000 pelajar. Ianya juga dilengkapi dengan pelbagai kemudaha seperti mini stadium, asrama dan sebagainnya untuk keselesaan para pelajarnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi 06-263 6687.

 

Kolej Komuniti Jasin mula beroperasi di premis sementara di Sek. Men Teknik Jasin pada 1 Mac 2003. 2 tahun kemudian , pada 1 Februari 2005 KKJS telah mula beroperasi di kampus tetap dengan keluasan 12 ekar yang terletak kira-kira 2 km dari pekan Merlimau Melaka.  

Kolej Komuniti Jasin,
KM24, Taman IKS Merlimau,
Jalan Muar, 77300 Merlimau,
Melaka
kkjasin@kkjs.edu.my
06-263 1616 / 06-2631717 (Faks)

 

 

Kolej Komuniti Selandar

 

Institut Latihan Perindustrian Selandar, Jasin