MPJ RANGKUL ANUGERAH EMAS AIGA 2023

aiga

Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terus mencipta kejayaan dengan merangkul Anugerah Emas bersempena Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA 2023).
 
AIGA 2023 merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi.
 
Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada MPJ di atas penganugerahan tersebut. Diharapkan dengan penganugerahan ini dapat memantapkan lagi sistem pelaksanaan integriti, tadbir urus dan antirasuah dengan lebih efisien sekaligus dapat memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan MPJ.
Semoga lebih banyak anugerah serta kejayaan yang akan dirangkul oleh MPJ di masa akan datang.