Bendera Majlis Perbandaran Jasin Berkibar Megah di Everest base camps

mada naik gunung

Tahniah Majlis Perbandaran Jasin

Everest base camps...
The Everest Base Camp trek on the south side, at an elevation of 5,364 m (17,598 ft)..
Bendera PBT Melaka yang pertama Majlis Perbandaran Jasin berkibar pada 5 Mac 2024 jam 03.00pm dengan suhu -13°C....

Crt Mada Berhelah

Sumber : Facebook Melaka Hari Ini (https://www.facebook.com/photo/?fbid=930611135737700&set=a.741394757992673&locale=ms_MY)

img

110 pelajar terima bantuan persekolahan MPJ

MPJ taja

SERAMAI 110 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kategori B40 menerima sumbangan Back To School 2023 daripada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Bantuan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Zaidi Attan dan Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammed Nalif.

Pelajar yang dipilih mewakili enam Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah Jasin iaitu Bemban, Serkam, Merlimau, Rim, Asahan dan Sungai Rambai.

Bantuan awal persekolahan itu mendapat kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Mamee Sdn. Bhd. serta turut diberikan kepada 20 anak kakitangan MPJ.

Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/110-pelajar-terima-bantuan-persekolahan-mpj/

img

Datuk Bandar, Yang Dipertua Perlu Main Peranan Pacu Pembangunan Melaka

cm melaka

MELAKA, 1 Feb – Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memain peranan dan tanggungjawab dalam mempertingkatkan sistem pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan dengan komprehensif bagi memacu pembangunan Melaka lebih mampan.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata tumpuan harus diberikan dalam menyelesaikan aduan rakyat, menaik taraf kemudahan dan infrastruktur awam selain cakna terhadap masalah peniaga kecil termasuk menyediakan gerai yang kondusif, permohonan lesen serta menangani isu sampah sarap dan banjir.

“Kita juga mempunyai tempoh kurang setahun untuk mempersiapkan negeri ini menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 bagi merancakkan sektor pelancongan dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, semua PBT diharap dapat melaksanakan perkara yang diberi tumpuan bagi menjadikan Melaka negeri terbersih, indah, ceria dan selamat.

“Kerajaan negeri telah mengenal pasti tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PBT melalui pelbagai inisiatif bagi memastikan program-program dilaksanakan memanfaatkan rakyat,” katanya berucap pada Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.

Pada majlis itu, Datuk Shadan Othman mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Saifuddin Abdul Karim sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Rosemanizam Mohd Nalif@Zawawi sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Datin Sapiah Haron sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Sulaiman berkata pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis itu berpandukan peruntukan yang diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Beliau berkata pencapaian PBT Melaka sepanjang 2022 dengan pelbagai penganugerahan dan pengiktirafan antaranya Anugerah Bandar Mampan dan Berdaya Huni oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga perlu diambil kira sebagai pengukur kejayaan peringkat PBT di Melaka.

Sementara itu, Shadan berkata beliau tekad untuk memberikan komitmen bagi menyelesaikan segala isu berkaitan rakyat termasuk menyelesaikan aduan diterima, membela nasib penjaja serta penjagaan kebersihan dan pengindahan di kawasan masing-masing selaras saranan Ketua Menteri Melaka sebagai persediaan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024.

Sapiah pula berkata pihaknya akan memfokuskan usaha menaik taraf dan penambahbaikan produk pelancongan selain pengindahan landskap serta kawasan sekitar bagi memastikan kawasan pentadbirannya sentiasa terjaga.

“Di kawasan MPHTJ terdapat banyak produk pelancongan popular seperti Zoo Melaka, taman burung dan sebagainya, justeru kawasan tumpuan pengunjung ini juga perlu sentiasa diselenggara bagi memberi imej yang baik kepada pelancong,” katanya. – BERNAMA

Sumber : https://umno-online.my/2023/02/01/datuk-bandar-yang-dipertua-perlu-main-peranan-pacu-pembangunan-melaka/

img

Majukan Pantai Siring sebagai mercu tanda Jasin

pantai-siring

JASIN: Pantai Siring di negeri Hang Tuah yang kini menjadi lokasi tumpuan ramai perlu dimajukan lagi dari segi pengisian program dan infrastruktur yang dapat menambah tarikannya.

Ahli Parlimen Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, adalah menjadi harapan beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut agar pantai berkenaan dapat menjadi salah satu mercu tanda penting bagi Parlimen Jasin ini.

“Sepanjang saya diberi kepercayaan untuk memimpin rakyat Jasin saya melihat ada beberapa tempat yang sekiranya dibangunkan akan menjadikan Parlimen Jasin ini setara dengan parlimen-parlimen lain terutamanya Parlimen Tangga Batu dan Kota Melaka ataupun Hang Tuah Jaya.

“Banyak perkara yang boleh kita lakukan. Saya berharap insya-Allah, usaha yang dilakukan nanti akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT,” ujar beliau.

Tuan Guru Zulkifli yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Melaka berkata demikian semasa berucap merasmikan penutup program Cintai Pantai Kita Siri 2 anjuran Pertubuhan Amal Prihatin Melaka dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jasin yang berlangsung di Pantai Siring, di sini.

Turut hadir ialah Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Melaka, Jamarudin Ahmad.

Program membersihkan Pantai Siring pada Ahad lalu itu melibatkan lebih 120 peserta daripada pelajar-pelajar sekolah seperti pondok pengajian Ibnu Talib, pondok Tuan Guru Haji Husin, SK Paya Rumput, dan beberapa institut pengajian tinggi (IPT) berhampiran, serta turut mendapat kerjasama SWCorp Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin.

Mengulas tentang program ini, Tuan Guru Zulkifli berkata bahawa sikap menjaga kebersihan amat penting terutama bagi kawasan tumpuan pengunjung seperti di Pantai Siring ini yang mana orang ramai datang untuk melepaskan lelah dan bergembira bersama keluarga.

Penjagaan kebersihan Pantai Siring itu menurutnya bukan sekadar dari sudut kebersihannya, tetapi termasuk dalam konteks susun aturnya serta program-program yang disediakan kepada pengunjung-pengunjung pantai berkaitan.

“Insya-Allah, kita berharap Pantai Siring ini akan menjadi mercu tanda di antara mercu tanda mercu tanda yang ada di Parlimen Jasin ini.

“Apabila mereka datang ke Pantai Siring ini mereka dapat melepaskan lelah mereka datang dalam suasana yang sangat bersih,” katanya.

Sikap menjaga kebersihan amat penting terutama bagi kawasan tumpuan pengunjung seperti di Pantai Siring ini.

Sementara itu Pengerusi NGO Pertubuhan Amal Prihatin Melaka, Ustaz Mohd Hafiz Yahya berkata program tersebut dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai seperti pantai.

Program berkenaan, ujar beliau lagi, merupakan satu inisiatif untuk kita bersihkan pantai dan juga memupuk diri kita sendiri membina inisiatif menanamkan diri kita untuk menjaga kebersihan

“Mana mungkin peserta yang hadir pada program (membersih pantai) hari ini, tetapi esok dia datang dia nak buang sampah (merata-rata)? Tak mungkin.

“Sebab dia dah rasa bagaimana mengutip sampah, bagaimana caranya kita ambil pengajaran,” katanya.

Sumber : https://harakahdaily.net/index.php/2023/01/31/majukan-pantai-siring-sebagai-mercu-tanda-jasin/

img

522 projek mitigasi banjir dilaksanakan di Melaka

banjir-melaka

MELAKA - Sebanyak 522 projek mitigasi banjir melibatkan peruntukan berjumlah RM69.77 juta telah dilaksanakan di Melaka, bagi menyelesaikan isu berkenaan dalam tempoh jangka masa pendek khususnya di 124 kawasan mudah banjir di negeri itu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 190 projek mitigasi banjir dilaksanakan di daerah Melaka Tengah membabitkan peruntukan berjumlah RM38.15 juta, manakala di Jasin sebanyak 157 projek melibatkan peruntukan RM15.54 juta, sementara 175 projek di Alor Gajah dilaksanakan bernilai RM16.08 juta.

"Peruntukan bagi melaksanakan kesemua projek mitigasi banjir di ketiga-tiga daerah ini telah disalurkan pelbagai pejabat daerah dan tanah di daerah terlibat, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Kesemua projek mitigasi berkenaan melibatkan projek kecil yang dilaksanakan dalam usaha menyelesaikan isu banjir dalam tempoh jangka masa pendek,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) yang ingin tahu jumlah projek dan peruntukan yang telah disalurkan bagi mengatasi banjir di negeri itu.

Rahmad berkata, sebanyak 45 lokasi ‘hotspot’ baharu telah dikenal pasti di ketiga-tiga daerah di negeri itu dan usaha mengatasi banjir di kawasan berkenaan akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Sementara itu, beliau berkata, sebagai langkah jangka panjang mengatasi banjir, salah satu projek yang akan dilaksanakan ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Melaka Fasa Satu bernilai RM40 juta dan projek berkenaan kini di peringkat reka bentuk, sebelum pembinaannya ditender Mei tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Rahmad berkata, kerajaan Melaka telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.4 juta melibatkan 5,769 mangsa bencana termasuk banjir dalam tempoh 1 Januari hingga Isnin.

Beliau berkata, kadar sumbangan bantuan kepada mangsa bencana di negeri itu juga telah dinaikkan dalam usaha meringankan beban mereka yang terjejas dan kehilangan harta benda.

"Bagi bencana banjir, kadar sedia ada antara RM200 hingga RM500 telah dinaikkan kepada RM300 hingga RM700 manakala kadar bagi bencana ribut dinaikkan kepada RM2,000 hingga RM4,000 berbanding RM1,000 hingga RM3,000.

"Bagi bencana kebakaran pula, kadar sedia ada iaitu RM1,000 hingga RM3,000 dinaikkan kepada RM2,000 hingga ke RM5,000 dan lain-lain bencana dinaikkan daripada RM200 hingga RM500 kepada RM300 hingga RM500," katanya. - Bernama

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/235836/edisi/melaka-ns/522-projek-mitigasi-banjir-dilaksanakan-di-melaka

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

G : 2.29484, 102.41080

T : +606 - 333 3333
C : +606 - 529 5555
F : +606 - 529 3537
E : info@mpjasin.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 18 April 2024, 08:13:26.
00655025

Penafian : Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Jasin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Premis Bercukai di kawasan Majlis Perbandaran Jasin