PERANCANG Bandar & Desa
Matlamat Jabatan
Matlamat bahagian adalah untuk menjadikan daerah Jasin sebagai sebuah daerah yang terancang dari segi pembangunan dan juga penggunaan tanah ke arah mencapai persekitaran hidup yang selesa, selamat dan sejahtera serta mencapai keseimbangan pembangunan dan alam sekitar berdasarkan kepada amalan perancangan yang baik dan berkesan ke arah pembangunan mampan.
Objektif Jabatan
- Menggalakkan pembangunan serta memastikan semua pembangunan dan penggunaan tanah dibangunkan secara terancang.
- Memastikan pembangunan yang dibuat adalah selaras dengan peruntukan perundangan dan keperluan perancangan semasa di samping mengambil kira aspek-aspek kepentingan dan keseimbangan alam sekitar serta memenuhi cita rasa dan keselesaan penduduk.
- Menyelaras pembangunan sektor-sektor perindustrian, pelancongan, perdagangan, perumahan dan infrastruktur di samping mengekalkan alam sekitar yang sihat serta mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi.
- Merancang dan mengatur dari segi penyediaan perumahan serta kemudahan-kemudahan asas dan awam agar mencukupi dan selaras dengan keperluan penduduk dan pembangunan ekonomi yang mampan.
- Melaksanakan pendekatan yang sistematik bagi mengelakkan penggunaan tanah yang bercanggah di dalam pusat bandar di seluruh kawasan Majlis.
- Mempertingkatkan asas ekonomi penduduk dengan mengambilkira pembangunan sumber-sumber semulajadi dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan.