PERUNDANGAN & Penguatkuasaan
Objektif Jabatan
Terdapat dua (2) fungsi utama Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan
- Memastikan perjalanan urusan Majlis Perbandaran Jasin khususnya dari segi perkhidmatan dilaksanakan menurut undang-undang
- Menguatkuasakan undang-undang yang diterimapakai oleh Majlis Perbandaran Jasin.
Objektif Bahagian & Unit
Bahagian Perundangan
Unit Perundangan (UP)
- Memberikan khidmat nasihat perundangan
- Memastikan perjalanan urusan Majlis Perbandaran Jasin khususnya dari segi perkhidmatan dilaksanakan menurut undang-undang
Bahagian Penguatkuasaan
Unit Penguatkuasa (UPK)
- Menguatkuasakan Akta dan Undang-undang yang sedia ada iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan Undang-undang Kecil yang berkaitan
- Mendaulatkan undang-undang dan memberikan kesedaran kepada warga daerah Jasin supaya lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik terhadap persekitaran dan meningkatkan kualiti hidup
- Menjadikan daerah Jasin bersih dan indah, selamat dibawah penguatkuasaan undang-undang
Unit Letak Kereta (ULK)
- Menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Tempat -tempat letak kereta)(MDJ) 1987 serta arahan pihak Majlis dari masa ke semasa.
- Bertanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan tempat letak kereta dalam kawasan Majlis Perbandaran Jasin.
- Mewujudkan keselesaan dan kemudahan orang ramai untuk meletakkan kenderaan melalui sistem letak kereta berkupon, rezab, pas bulanan / khas dan sewaan petak letak kereta.
- Mengawal perletakan kenderaan supaya tersusun dan tidak mengganggu lalulintas.