TAMBAHAN Bangunan
Pelan Tambahan Bangunan
1. Bahan-bahan binaan hendaklah dipagar dan dikepong dengan secukupnya dengan perbelanjaan sendiri sehingga bahan-bahan itu dipindahkan atau selainnya dijamin selamat dan memuaskan.
2. Bahan-bahan binaan hendaklah diterangi dengan sesuainya pada waktu gelap dan seorang jaga hendaklah digunakhidmat untuk memastikan semasa kerja-kerja itu dilakukan.
3. Sisa buangan bahan-bahan binaan tidak dibenarkan dilonggokkan, dikumpulkan, diletakkan dan dihimpunkan pada bahu-bahu dan kawasan persekitaranya. Perlu melantik kontraktor pembuangan sampah bagi mengumpul sisa-sisa binaan dan membuang jauh ke Pusat Pembuangan Sampah yang disahkan oleh jabatan.
4. Bancuhan simen/konkrit tidak dibenarkan sama sekali dilakukan diatas permukaan jalan/lorong.
5. Longgokan bahan-bahan binaan tidak dibenarkan melebihi keluasan 2 meter persegi dan mengganggu atau menghalang sebarang kenderaan yang menggunakan jalan/lorong tersebut.
6. Kebersihan jalan/lorong dan longkang dikawasan persekitaran pembinaan hendaklah diutamakan.
7. Pembinaan menyambung/membaiki/mengubahsuai hendaklah mengikut pelan no.: …………….. seperti yang diluluskan tanpa tambahan dan pindaan.
8. 'Inpection Chamber' atau 'Sum Pit' bagi tangki najis individu tidak dibenarkan ditutup matikan sama sekali.
9. Sebarang kerosakan pada jalan/lorong/longkang bahu jalan akibat dari kerja-kerja pembinaan hendaklah diperbaiki semula dengan perbelanjaan sendiri.
10. Sesalur bekalan (wire hitam) TNB tidak dibenarkan dilindungi, ditutup atau dihalang dengan sebarang rekabentuk atau struktur bangunan.
11. Mengadakan 'party wall' 4 1/2" tebal melebihi 9" tinggi dari paras bumbung antara dua bangunan atau depan/belakang.
12. Semua saluran air kumbahan dari sinki, bilik mandi dan tandas hendaklah disalurkan ke lubang pembetungan/tangki septik individu yang sediada.
13. Kemukakan pelan RC yang disahkan oleh Jurutera Perunding yang bertauliah.
14. Meter air perlu dialih ke tempat yang sesuai agar ianya boleh dibaca dengan mudah.
15. Pemasangan 'adjustable louvres' tidak dibenarkan pada dinding bilik ke 3 berukuran 4'0" X 4' 0" adalah perlu untuk tujuan pengcahayaan dan pengudaraan yang baik.
16. Jalan masuk hadapan tidak dibenarkan ditutup sepenuhnya. Sekurang-kurangnya 2 lubang berukuran 2'0" lebar setiap satu perlu diadakan bagi memudahkan penyelenggaraan.
17. Perlu mengemukakan "Borang B" sebelum memulakan sebarang pembinaan mengikut Akta Jalan & Parit 1974.