MENU
Soalan : Bagaimana Nilai Tahunan ditentukan bagi rumah yang diduduki oleh pemilik sendiri dan bukan untuk disewa?
Jawapan  : Rumah yang diduduki sendiri, rumah yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong dan rumah yang disewakan, kesemuanya mempunyai "Nilai Sewa". Oleh itu, untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah rumah, maka rumah tersebut akan diandaikan "kosong dan untuk disewakan" dan anggaran sewa sebulan didasarkan pada sewaan yang dibayar untuk rumah-rumah sejenis yang berdekatan.
Soalan : Bagaimanakah kadar (%) ditentukan?
Jawapan  : Kadar(%) ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos yang ditanggung Majlis.
Soalan : Adakah cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
Jawapan  : Ya, cukai kadaran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai kadaran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik hasil.
Soalan : Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MPJ sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
Jawapan  : Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai Taksiran yang dikenakan oleh MPSP adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan cukai taksiran
Jawapan  : Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Jasin seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, kompleks, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan.