MENU
Soalan : Berapa denda yang biasa dikenakan oleh mahkamah?
Jawapan  : Jumlah denda bergantung kepada budibicara Majistret tetapi denda maksimum adalah RM300
Soalan : Bolehkan saman diselesaikan di MPJ?
Jawapan  : Tidak boleh. Hanya kompaun sahaja boleh dijelaskan di MPJ.
Soalan : Di manakah tempat untuk membuat pengurangan kompaun?
Jawapan  : Pengurangan kompaun hanya boleh dibuat di Unit Perundangan Majlis Perbandaran Jasin 77000 Jasin Melaka.
Soalan : Di manakah saya perlu rujuk jika saya mempunyai kemusykilan tentang saman?
Jawapan  : Anda boleh berjumpa dengan pegawai MPJ di Unit Perundangan Majlis Perbandaran Jasin, 77000 Jasin, Melaka untuk mendapatkan penerangan.
Soalan : Saya tidak pernah memiliki kenderaan tetapi saya menerima saman/notis atas nama saya?
Jawapan  : Anda diminta datang ke Jabatan Undang-Undang dan semakan semula akan dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemilik kenderaan tersebut.
Soalan : Adakah bayaran perlu dibuat jika rumah tersebut tidak didiami?
Jawapan  : Ya, premis yang kosong atau belum diduduki lagi tidak layak untuk pengecualian, pembatalan atau pengurangan cukai kadaran. Cukai kadaran adalah perlu dibayar tidak kira sama ada rumah itu diduduki atau kosong. Akan tetapi premis yang kosong dan sesuai diduduki layak untuk memohon pulangan balik hasil.
Soalan : Adakah bayaran perlu dibuat dengan cek?
Jawapan  : Bayaran cek boleh dibuat jika tempahan yang dibuat 2 minggu sebelum acara diadakan. Jika seminggu sebelum acara diadakan pemohon hendaklah membayar secara tunai dan juga pemohon digalakkan untuk membuat pembayaran lebih awal.
Soalan : Bilakah bil-bil cukai kadaran akan dikeluarkan?
Jawapan  : Bil-bil akan dihantar sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan Januari dan Julai.
Soalan : Bagaimanakah keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai diberitahu kepada para pemilik?
Jawapan  : Kelulusan akan diberi serta merta setelah segala syarat-syarat dipenuhi.
Soalan : Bolehkah pemilik membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut?
Jawapan  : Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya