MENU
Soalan : Adakah tempahan saya boleh dibatalkan serta merta tanpa notis?
Jawapan  : Boleh, kalau terdapat acara rasmi Majlis/ Kerajaan Negeri terpaksa dijalankan dan pemulangan penuh akan diberikan kepada penyewa.
Soalan : Adakah tambahan peralatan/masa tambahan boleh dibuat serta-merta apabila keadaan/ acaramajlis penyewa memerlukannya?
Jawapan  : Boleh, jika peralatan yang hendak digunakan ada dalam simpanan Majlis
Soalan : Adakah pihak Majlis membantu penyewa menyusun peralatan bagi persediaan acara yang akan dijalankan oleh penyewa?
Jawapan  : Ya, penyusunan peralatan akan dilakukan oleh pihak Majlis.
Soalan : Adakah bayaran boleh dibuat melalui cek?
Jawapan  : Para pengguna boleh membuat pembayaran melalui cek sehari sebelum acara dilangsungkan
Soalan : Bilakah bayaran bagi penyewaan dewan/ peralatan perlu dibuat?
Jawapan  : Bayaran perlulah dibuat sekurang-kurangnya 1 hari sebelum acara.
Soalan : Berapa lamakah kelulusan bagi penyewaan dewan/ peralatan dari Majlis dikeluarkan?
Jawapan  : Kelulusan akan diberi serta merta setelah segala syarat-syarat dipenuhi.
Soalan : Dimanakah penghantaran borang permohonan kebenaran merancang boleh dibuat?
Jawapan  : Borang permohonan kebenaran merancang boleh dihantar ke:- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin 77000 Jasin, Melaka
Soalan : Bolehkan bayaran kompaun letak kereta dikurangkan?
Jawapan  : Anda boleh berjumpa dengan pegawai MPJ di Unit Perundangan Majlis Perbandaran Jasin, 77000 Jasin, Melaka untuk mendapatkan pengurangan bayaran kompaun.
Soalan : Apakah tindakan MPJ jika kompaun letak kereta tidak dijelaskan?
Jawapan  : Unit Letak Kereta akan mengeluarkan Notis Pemberitahuan (14 hari) dan jika tiada tindakan maka tindakan mahkamah akan diambil ke atas pelaku kesalahan.
Soalan : Sekiranya saya tidak membayar kompaun yang telah dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan, bilakah tindakan mahkamah diambil terhadap saya?
Jawapan  : Paling cepat 1 bulan dari tarikh kompaun.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 3 Julai 2020 - 4:47pm