MENU

Pengenalan
Unit Letak Kereta menyediakan perkhidmatan Sewaan Rezab Letak Kereta, Sewaan Petak Letak Kereta, Pembelian Pas-Pas Bulanan dan Permohonan Ejen Jualan Kupon

1. Rezab Letak Kereta
Penyewaan Rezab letak kereta adalah bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan bagi meletak kereta mereka pada bila-bila masa yang dikehendaki. Petak rezab yang disewakan akan dibekalkan dengan papan tanda REZAB akan diletak di atas petak yang dsewa.

  • Papan Tanda
    Pemohon perlu membayar deposit untuk papan tanda tersebut. Deposit akan dipulangkan apabila sewaan rezab tamat. Satu papan tanda adalah untuk satu petak sahaja.
  • Cara-cara membuat permohonan rezab
    Anda boleh datang sendiri ke pejabat untuk mengisi borang . Kemukakan borang yang telah dipenuhkan dengan disertakan bayaran sekali.
  • Sewaan rezab yang dibenarkan
    Premis-premis Perniagaan yang berdaftar
  • Kadar Bayaran
    Sewaan satu petak rezab sebulan sebanyak RM100.00 dan deposit satu papan tanda sebanyak RM200.00
  • Tanggungjawab Penyewa
    • Hendaklah menjaga papan tanda dengan baik semasa penyewaan
    • Kerosakan dan kehilangan papan tanda hendaklah diganti jika tidak deposit tidak akan diproses dan tidak akan dikembalikan