MENU

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Jasin seperti dibawah:-

1. Pegawai Tadbir (N41)
Jumlah Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap

2. Pegawai Undang-Undang (L41)
Jumlah Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak

3. Penolong Jurutera (JA29)
Jumlah Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap

4. Pembantu Operasi (N11)
Jumlah Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap

CARA-CARA MEMOHON:

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.

(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat
Majlis Perbandaran Jasin serta melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin
(http://www.mpjasin.gov.my).

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran,
Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
(Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana – mana Kakitangan Kerajaan Kumpulan
Pengurusan Dan Profesional ke atas dan Penghulu Kerajaan Sahaja).

(d) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,
Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua
Jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan Perkhidmatan yang
dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama.

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JASIN
VISTA ALAMANDA
77000 JASIN
MELAKA.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 November 2018.
(g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya :-

a) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
b) Tidak lengkap
c) Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan
d) Tidak menandatangani borang permohonan

CATITAN

(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan dan berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk
temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah ditemuduga tidak
menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan / temuduga hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan
berkaitan dengan temuduga.