Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di Melaka serta berdaftar dengan MPJ yang mempunyai sijil sijil berikut iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau kod Bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-
BUTIR-BUTIR TAWARAN SEBUTHARGA DAN HARGA DOKUMEN
|
TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL
|
TARAF DAN SYARAT PENDAFTARAN |
Tajuk Projek :PERKHIDMATAN PEMOTONGAN RUMPUT DAN PEMBERSIHAN LONGKANG BAGI JALAN PERSEKUTUAN DI DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN UNTUK BULAN FEBRUARI 2021 HINGGA DISEMBER 2021 Harga Dokumen : RM 20.00 Bayaran untuk dokumen sebutharga adalah Tunai, Draf Bank atau Kiriman Wang atas nama YDP, MPJ |
Tarikh : 21 Januari 2021 (Khamis) Tempat : Lawatan Tapak : -Sekiranya pihak syarikat |
Taraf : -, Gred : - Kategori : - Pengkhususan : Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Sub kepada :221002 (Membersih kawasan) |
2. TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN INI DIKELUARKAN
Dokumen Sebutharga ini boleh diperolehi di Kaunter Majlis Perbandaran Jasin, 77000 Jasin, Melaka. Dokumen ini hanya boleh diperolehi mulai 21 JANUARI 2021 pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang). Syarikat-syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Dengan Majlis Perbandaran Jasin, Sijil-sijil asal dan salinan fotokopi Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan CIDB atau Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan ketika membeli dokumen Sebutharga.
3. TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT
Pihak kontraktor TIDAK DIWAJIBKAN untuk hadir taklimat lawatan tapak. Pihak kontraktor boleh membuat lawatan tapak sendiri di kawasan atau tapak projek seperti yang dinyatakan dalam dokumen sebutharga / tender bagi mendapat maklumat tambahan yang tepat dan berguna bagi penyediaan sebutharga / tender. Dalam hal ini, sekiranya pihak kontraktor mahu melawat sendiri kawasan atau tapak projek, amalan penjarakan, penggunaan topeng muka (face mask) dan pencuci tangan (hand sanitizer).
4. TARIKH DAN TEMPAT PENYERAHAN
Sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah ditulis No. Sebutharga dan tajuk projek di sudut atas sebelah kiri sampul surat serta dimeterai dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Majlis Perbandaran Jasin tidak lewat jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
5. MPJ tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.