MENU

Daerah Jasin merupakan daerah terbesar (41.47%) dalan negeri Melaka, diikuti Daerah Alor Gajah (40.48%) dan Daerah Melaka Tengah (18.05%). Luas keseluruhan Daerah Jasin ialah 67,799 hektar (678 km persegi). Kawasan yang bersempadan dengan Daerah Jasin ialah Daerah Melaka Tengah (bahagian selatan), Daerah Alor Gajah (bahagian barat), Daerah Muar, Johor (bahagian timur) dan Daerah Tampin, Negeri Sembilan (bahagian utara). Daerah Jasin dibahagikan kepada 20 mukim. 

Hampir 75% bentuk mukabumi di Daerah Jasin adalah landai kerana berada di bawah ketinggian 50 meter dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat sebuah empangan di Mukim Jus iaitu Empangan Jus yang membekalkan air kepada penduduk daerah dan sekitar. Pembangunan  di Daerah Jasin lebih tertumpu di Bandar Jasin, Pekan Merlimau dan Pekan Selandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan pusat perindustrian