Tropical Fruit Farm terletak di Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Dr Mahathir Mohamed pada 3hb Oktober 2002. Disini terdapat 2 fasa iaitu Fasa 1 dengan keluasan 200 ekar yang mana di tanam dengan pelbagai aneka pokok buah-buahan seperti durian, cempedak, jambu batu dan sebagainya. Manakala Fasa II pula ditanam dengan pokok mangga Delite dengan keluasan 205 ekar. Melalui kerjasama Syarikat Pembangunan Pertanian Negeri Melaka, produk pertanian ini dapat dipasarkan. Hasil daripada pertanian ini para peserta dapat mengeluarkan produknya seperti jus buah-buahan, makanan ringan dan sebagainya yang boleh didapati di Tropical Fruit Farm Selandar ataupun di pasaran.