MENU

Bagi mereka yang menggemari ikan bakar selera Melaka bolehlah menikmati kelazatan ikan bakar yang pastinya melazatkan dengan hidangan pelbagai rasa disamping menikmati pemandangan laut yang cantik dengan alunan oleh desiran ombak yang mengasyikkan.

Medan Ikan Bakar Serkam terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Serkam iaitu 30 km dari Bandar Jasin. Waktu perniagaan bermula daripada pukul 3 petang hingga 2 pagi pada setiap hari. Di medan ikan bakar Serkam ini terdapat gerai yang menjual pelbagai barangan cenderahati dengan harga yang berpatutan.