Hutan Rekreasi Bukit Langsat, Jasin, Melaka ini telah didirikan dengan menerapkan ciri-ciri pembelajaran, aktiviti-aktiviti sukan terutama sekali sukan lasak serta berunsurkan budaya nenek moyang orang asli melalui simbolik, ukiran, motif dan juga aktiviti mereka.
Jarak diantara Hutan Rekreasi dengan Bandar Melaka ialah 44 km dan 14 km dari Bandar Jasin. Hutan Rekreasi Bukit Langsat, Jasin, Melaka mempunyai kemudahan rekreasi untuk pengunjung awam seperti :-
- Kawasan Tempat Letak Kenderaan
- Taman Permainan Kanak-Kanak
- Kemudahan Rempuh Halangan (10 jenis)
- Track Jogging & Pejalan Kaki
- Kawasan Riadah Keluarga
- Kawasan Perkhemahan
- Dewan Makan
- Dewan Kuliah
- Surau
- Tandas
Selain pengunjung dapat menggunapakai kemudahan-kemudahan infrastruktur yang disediakan, pengunjung juga boleh menikmati keunikan pelbagai spesis flora dan fauna dengan menjalankan aktiviti merentas hutan serta 'bird watching'.