MENU

SINOPSIS

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan suatu Akta yang digubal oleh Parlimen menurut Fasal (1) Perkara 74, Fasal (4) Perkara 76 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.

Secara keseluruhannya, Akta ini dibahagikan kepada sembilann (9) bahagian yang merangkumi peruntukan mengenai dasar dan pentadbiran, , rancangan pemajuan, kawalan perancangan, caj pemajuan, perintah pemeliharaan pokok, Lembaga Rayuan, notis pembelian dan pengambilan tanah, kawasan pemajuan serta peruntukan pelbagai yang melibatkan sebanyak lima puluh sembilan (59) seksyen di dalamnya.

Majlis Perbandaran Jasin menggunapakai dan menguatkuasakan Akta ini sebagai salah satu sumber undang-undang di dalam menentukan kesalahan berkaitan yang dilakukan di dalam kawasan pentadbirannya.