MENU

SINOPSIS

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) merupakan suatu Akta yang digubal oleh Parlimen menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan mengenai segala peruntukan dan undang-undang yang berhubungan dengan jalan, parit dan bangunan di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Secara keseluruhannya Akta ini dibahagikan kepada 8 bahagian besar yang merangkumi peruntukan mengenai jalan, parit, bangunan, lorong belakang, pelbagai, undang-undang kecil dan peruntukan pemansuhan dan peralihan yang meibatkan sejumlah seratus tiga puluh lima (135) seksyen di dalamnya.

Majlis Perbandaran Jasin menggunapakai dan menguatkuasakan Akta ini sebagai salah satu sumber undang-undang di dalam menentukan kesalahan berkaitan yang dilakukan di dalam kawasan pentadbirannya.