MENU

TATACARA PENILAIAN KESIHATAN KENDIRI

Amalkan langkah–langkah mudah berikut apabila anda tidak sihat di rumah:

  • Bagi yang bekerja / bersekolah, gunakan cuti sakit yang diberikan oleh doktor untuk berehat di rumah;
  • Hadkan pergaulan dengan mereka yang sihat di sekeliling anda;
  • Tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila anda batuk dan bersin. Sejurus selepas itu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
  • Amalkan adab batuk yang baik;
  • Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk atau bersin. Pakai penutup mulut dan hidung (face mask) apabila berurusan dengan orang lain.

Individu dengan gejala demam dan batuk dan / atau sakit tekak adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan sekiranya pada bila-bila masa mereka mengalami mana-mana tanda dan gejala seperti berikut:

  • Demam yang berpanjangan sehingga melebihi 3 hari atau demam yang berulang semula selepas 3 hari
  • Kesukaran bernafas – tercungap-cungap, pernafasan menjadi laju atau warna bibir bertukar menjadi kebiruan
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada yang berterusan

Jika anda mempunyai mana-mana gejala di atas, segera:
Dapatkan rawatan di: _______________________________
atau
Buat panggilan ke nombor: ___________________________

  • Pergi dapatkan rawatan dengan menggunakan kenderaan persendirian; atau
  • Jika perkhidmatan ambulan diperlukan, sila dail 999 untuk bantuan.

*Perhatian: Sila simpan kad ini bersama anda dan serahkan kepada mana-mana fasiliti kesihatan yang anda kunjungi. Kad ini perlu disimpan selama 14 hari dari tarikh ia diberikan kepada anda.

Kepada Pengamal Perubatan Yang Merawat Pesakit Ini
Individu yang membawa kad ini adalah merupakan penumpang atau anak kapal yang baru pulang dari Wuhan, China atau negara yang mengalami penularan aktif jangkitan (dalam tempoh 14 hari yang lepas). Jika anda mendapati beliau mengalami gejala seperti demam (≥38°C), radang paru-paru atau jangkitan respiratori serius dengan susah bernafas, sila rujuk ke hospital yang berhampiran dengan SEGERA.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 26 Februari 2021 - 11:18am