Kontraktor yang berminat bagi Sebutharga ber no S43/2018 dan S44/2018 adalah dikehendaki menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak pada jam 9.30 pagi pada 16 Oktober 2018 di Ruang Legar, Aras 1 ,Majlis Perbandaran Jasin, 77000, Jasin, Melaka. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan hanya Pemilik / Penama di Dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak. Wakil syarikat adalah tidak dibenarkan.