MENU

Dasar Komuniti Negara telah digubal oleh KPKT bertujuan untuk menangani isu sosial perumahan di peringkat komuniti
setempat, khususnya di kawasan perumahan berstrata kos rendah di seluruh negara.

Strategi-strategi di bawah Dasar ini adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11, Dasar Perumahan Negara 2.0, Dasar Sosial Negara, Rancangan Fizikal Negara Ke-3, Deklarasi Kuala Lumpur 2018 di bawah Agenda Perbandaran Baharu serta Sustainable Development Goals (SDGs).

Objektif utama Dasar Komuniti Negara adalah untuk mendayaupayakan (empowering) komuniti setempat supaya mereka boleh melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan
dan penyelenggaraan harta awam dan harta bersama yang merupakan sebahagian daripada tempat tinggal mereka.