MENU

shadan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin.

Laman web membawa Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) selangkah lagi ke hadapan dalam era Teknologi Maklumat (IT) ini, disamping menjadi bukti kami menyahut hasrat kerajaan menubuhkan Kerajaan Elektronik (EG).

MPJ memainkan peranan yang penting dan mempunyai tanggungjawab terhadap pembangunan dan kemajuan Daerah Jasin. Ini termasuklah perkhidmatan kebersihan dan kawalan perniagaan, perancangan pembangunan, penyediaan kemudahan, dan sebagainya. Melalui laman web ini MPJ akan dapat mengenalkan diri secara lebih dekat kepada pelanggan kami yang terdiri dari orang awam, pihak swasta, jabatan dan agensi kerajaan. Maklumat-maklumat ini memudahkan lagi pelanggan berurusan dengan MPJ. Fakta ini berserta dengan kemudahan emel yang disediakan bagi penghantaran mesej kepada MPJ, membolehkan kami memberi maklumbalas dengan cepat dan tepat terhadap pertanyaan dan permohonan daripada pelanggan.

Laman web ini cuma merupakan satu alat. Samada ia akan digunakan dengan baik ataupun sebaliknya bergantung kepada kita sendiri. Sehubungan itu saya menggesa agar semua dapat memanfaatkannya secara maksima demi kepentingan bersama.

Selamat Menuju ke Alaf Baru
MPJ Prihatin Dihatiku

Sekian, Terima Kasih.

SHADAN BIN OTHMAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JASIN