Tempoh kelulusan akan diberikan bermula dari 24 April 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.
Peniaga hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:
- Semua pengendali makanan hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan anti-tifoid serta menghadiri Kursus Pengendalian Makanan.
- Semua peniaga dikehendaki memastikan tahap kebersihan diri sentiasa dalam keadaan baik dan bebas daripada segala penyakit.
- Semua peniaga perlu mengamalkan kaedah pengendalian makanan yang mematuhi garis panduan kesihatan dan kebersihan makanan.
- Semua peniaga perlu mengamalkan kaedah pengendalian makanan yang mematuhi garis panduan kesihatan dan kebersihan makanan
- Peniaga dinasihatkan supaya menerima bayaran urusniaga dari pelanggan secara atas talian (online) dan tanpa tunai.
- Sebarang urusan penghantaran hendaklah menggunakan hand sanitizer sebelum dan selepas penghantaran.
- Sekiranya peniaga membuat penghantaran sendiri tanpa menggunakan khidmat penghantar, peniaga dan juga pembantu masing-masing dikehendaki melaksanakan saringan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan yang berhampiran.
- Peniaga dikehendaki memakai penutup muka (face mask) setiap masa ketikapenghantaran sekiranya melaksanakan penghantaran sendiri.
- Peniaga juga perlu memastikan jarak selamat dengan pelanggan sekurang-kurangnya 1 meter jika melaksanakan penghantaran sendiri.