LANGKAH Pelaksanaan Segera
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan 5 langkah segera daripada 23 langkah pencegahan jenayah seperti berikut :
- Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor
PBT akan mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.
- Penyediaan Bollard atau Pagar
PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dengan laluan motosikal.
- Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung
Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat awam seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama. Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari aktiviti-aktiviti jenayah.
- Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam
Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindun laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung).
- Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan Penjenayah
Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut.