KAWALAN Perniagaan
Objektif Jabatan
1. Mengawal, melesen dan menguatkuasakan semua bentuk perniagaan dalam Daerah Jasin.
2. Memastikan tempoh pemprosesan dan pengeluaran semua jenis lesen mengikut piagam yang ditetapkan kecuali melibatkan ulasan Kerajaan Negeri dan jabatan teknikal.
3. Memastikan maklumat mengenai pemegang lesen sentiasa tepat.
4. Mengawal dan mewujudkan tahap kebersihan premis yang bersih dan selamat.
5. Memastikan semua pengendali makanan menjalani pemeriksaan kesihatan.
6. Mengurangkan gangguan anjing liar dengan melesenkan anjing peliharaan dan pelesen perlu mematuhi syarat-syarat pelesenan anjing.
7. Memastikan tiada sebarang aduan dari pelanggan mengenai kelewatan tempoh pemprosesan pengeluaran lesen perniagaan dan permit
Fungsi Utama Jabatan
BAHAGIAN KAWALAN PERNIAGAAN
- Menguruskan permohonan permit
- Menguruskan pembaharuan, pembatalan dan rayuan lesen
- Menjalankan operasi berkaitan aktiviti pelesenan bersama jabatan lain
- Urusetia Jawatankuasa Kawalan Perniagaan
BAHAGIAN KAWALAN PREMIS
- Menjalankan pemeriksaan kebersihan premis makanan
- Mengwujudkan dan mengawal kawasan penjaja sepusat/setempat
- Taklimat pendidikan kesihatan/kebersihan kepada pengendali makanan
- Urusetia Jawatankuasa Kawalan Perniagaan