Minus
Normal
Plus

Reset

Red
Blue
Green
Orange
Speech

Purple Theme
Red Theme
Yellow Theme

Tema Biru
Tema Hitam
Tema Coklat
Tema Asal
Bahasa Malaysia�|� English | Lain-lain ::. Hubungi Kami ::. Soalan Lazim ::. Pautan ::. Bantuan ::. Peta Laman
Banner Daftar Masuk | Daftar Baru


     
 
 
 

KAWALAN Bangunan

Objektif Jabatan
 

  • Menyelaras, mengawal dan memantau proses permohonan pelan-pelan bangunan sesebuah, tambahan premis, projek-projek perumahan, komersial, strukur sistem pemancar telekomunikasi dsbnya.
  • Memastikan permohonan kelulusan pelan dan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki mengikut piawaian dan garis panduan/piawaian dan peruntukan perundangan yang ditetapkan.

Aktiviti Jabatan
 

  • Memproses semua jenis permohonan pelan bangunan dan struktur sistem pemancar telekomunikasi dsbnya.
  • Memproses permohonan Sijil Kelayakan Menduduki.
  • Mengeluarkan notis-notis kepada bangunan-bangunan yang tidak mengikut syarat dan piawaian Majlis.
  • Memproses dan meluluskan permohonan permit sementara.
  • Memantau semua jenis pembinaan bangunan yang telah diluluskan mahupun tidak dari pihak Majlis dalam Daerah Jasin.
  • Membuat siasatan dan lawatan tapak setiap jenis pembinaan dalam Daerah Jasin.
  • Memantau dan mengawal pembinaan bangunan haram atau tanpa kebenaran dan bangunan usang.
  • Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan pelan bangunan kepada Pusat Setempat untuk disahkan ke Mesyuarat J/Kuasa Pusat Setempat.
  • Memberi khidmat nasihat dalam menentukan rekabentuk bangunan.
  • Mengawalselia dan memantau perjalanan sesuatu projek perumahan.
  • Menyediakan laporan berkaitan dengan pembinaan bangunan haram atau tanpa kebenaran dan bangunan usang kepada Kerajaan Negeri.

Keperluan Asas Yang Perlu Ada Dalam Mengemukakan Pelan Bangunan:
 

  1. Pelan yang dikemukakan perlulah dicetak dalam kertas bersaiz A1 dan bercetak dalam 'blue print".
  2. Pelan-pelan yang dikemukakan perlulah di'binding" atau disetkan dalam saiz A4 mengikut piawaian dan 'standart' Jab. Kawalan Bangunan.
  3. Muka hadapan perlu dinyatakan tajuk cadangan pembinaan, nama pemohon dan cop pengenalan dan alamat pelukis pelan yang dilantik oleh pemohon.
  4. Pelan bangunan perlu ada tiga helaian iaitu :-
  • Helaian Satu perlu ada pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak. (untuk perincian dalan pelan, pemohon akan disertakan senarai semakan dalam pelan bangunan tambahan, rumah sesebuah dan projek perumahaan/komersial/lain-lain) 

     

 

Bookmark and Share
Paparan : 4151
Tarikh Akhir Dikemaskini : 26 Julai 2011
 
 
     
    Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Laman Web Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Laman Web Rasmi MAMPU Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka Laman Web Rasmi Multimedia Super Corridor (MSC) My SMS Jobs Malaysia myIdeas
          Portal Rasmi Belanjawan 2012      
Hakcipta Terpelihara 2011 © Majlis Perbandaran Jasin.
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas & Mozilla Firefox 2.0 & ke atas, resolusi 1024 x 768