FUNGSI
Fungsi Utama Majlis Perbandaan Jasin
Fungsi Pertama | Mengurus dan mengatur perkhidmatan sisa pepejal, kebersihan dan keindahan, menyelenggara kemudahan dan tempat-tempat awam, mengawal dan melindungi kesihatan awam. |
Fungsi Kedua | Merancang dan mengawal pemajuan dan penggunaan tanah berpandukan kepada rancangan tempatan dan rancangan struktur. |
Fungsi Ketiga | Meluluskan pelan bangunan, mengawal kerja tanah, mengawal penggunaan bangunan, memeriksa bangunan dan mengeluarkan CFO. |
Fungsi Keempat | Mengawal, melesen dan menguatkuasa semua bentuk perniagaan dalam daerah. |
Fungsi Kelima | Mengurus dan mengawal segala peruntukan kewangan yang diterima dari cukai taksiran, lesen dan denda, bantuan kadar, geran, pinjaman dan sumber-sumber lain. |