MENU

 

 1.   OBJEKTIF

  • Meningkatkan tahap kebersihan, keselesaan dan keindahan serta meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang tanggungjawab mengutamakan kebersihan dan melahirkan sebuah masyarakat  yang berdisiplin serta mengutamakan cara hidup yang lebih sihat dan bersih.
  • Memupuk semangat bergotong-royong, kerjasama di antara penghuni taman perumahan dan mendorong mencetuskan kreativiti masyarakat mengindahkan persekitaran kawasan.

 2.   KAEDAH PERTANDINGAN

 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dua (2) peringkat seperti berikut :

i. PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN JASIN

a) Urusetia pertandingan Peringkat PBT akan diuruskan sepenuhnya mengikut pentadbiran PBT.

b) Senarai pemenang Peringkat PBT akan diberikan kepada Urusetia Induk untuk diselaraskan sebagai pemenang Peringkat Negeri

 

ii. PERINGKAT NEGERI

a) Senarai pemenang Peringkat PBT akan diangkat sebagai pemenang  Peringkat Negeri mengikut jumlah markah keseluruhan yang tertinggi.

b)  Urusetia pertandingan Peringkat Negeri akan diuruskan oleh Unit Kerajaan Tempatan, JKMM sebagai Urusetia Induk.

 3. KATEGORI PERTANDINGAN

BIL
KATEGORI
JABATAN PELAKSANA
1. Kategori Kediaman ( individu ) Dalam Pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) – Taman Perumahan / Kampung JLPB
2. Kategori Kediaman ( individu ) Dalam Pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Baru (JPKKB) JLPB
3. Kategori Kampung Di Bawah Pentadbiran JPKK dan JPKKB JLPB
4. Kategori Kedai Makan / Restoran Hak Milik PBT JKP
5. Kategori Tandas Awam Hak Milik PBT JLPB

 

4. TEMPOH PERTANDINGAN

Tempoh pertandingan bermula dari bulan Mei hingga Oktober 2021 iaitu selama enam (6) bulan. Jadual cadangan perlaksanaan pertandingan adalah seperti berikut :

BULAN
 
PERKARA
April Makluman kepada semua PBT / Pendaftaran peserta
Mei - Julai Pertandingan bermula / Memaklumkan kepada peserta
September (Ogos) Mesyuarat bersama pengadil-pengadil pertandingan
Penilaian

Ketua Pengadil – PBT

Pengadil 1 – Jabatan Kesihatan Negeri

Pengadil 2 – Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) / Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka (PTHM) / SWCorp / UKT

Pengadil 3 – Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Melaka

 

* pengadil tertakluk kepada kesesuaian mengikut kategori

Mesyuarat perbincangan pemarkahan dan pemenang bersama pengadil
Keputusan pemenang bagi semua kategori Peringkat PBT
Oktober (September) Penyampaian hadiah kepada pemenang Peringkat PBT mengikut kategori dilaksanakan oleh PBT
Senarai pemenang Peringkat PBT diberikan kepada Urusetia Induk
November (Oktober) Keputusan pemenang bagi semua kategori Peringkat Negeri
Penyampaian hadiah kepada pemenang Peringkat Negeri mengikut kategori dilaksanakan oleh Urusetia Induk.

 

5.   PENILAIAN PENGADIL

      5.1  Kategori Kediaman Taman Perumahan JPKK & JPKKB, Kampung  JPKK & JPKKB Dan Bangunan Kerajaan.

BIL
KRITERIA
MARKAH
1. Jalan Masuk Ke Kawasan Taman Perumahan 20
2. Keceriaan Dan Keindahan 20
3. Penyelenggaraan Dan Kebersihan Kawasan Persekitaran 20
4. Kebersihan Kawasan Perumahan 20
5. Pelaksanaan Amalan Kitar Semula / SPAH / Kompos Dan Konsep ”Edable Garden” 10
6. Keberkesanan Menepati Objektif 10
  JUMLAH 100

 

5.2 Kategori Kedai Makan / Restoran Hak Milik PBT

        - Pekeliling KSU KPKT Bilangan 2 Tahun 2014 – Garis Panduan Sistem Penggredan Premis Makanan Di Kawasan PBT

BIL
KRITERIA
MARKAH
A. Kawasan Penyediaan Makanan 25
B. Kawasan Penyajian makanan 18
C. Pengendalian makanan 13
D. Sistem bekalan air 5
E. Kemudahan sanitasi 12
F. Struktur & penyelenggaraan premis 11
G. Lain-lain (generik) 16
  JUMLAH 100

 

5.3  Kategori Tandas Awam Hak Milik PBT

       - Pekeliling KSU KPKT Bil. 3 Tahun 2012 – Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Kegunaan Awam Di Kawasan PBT

BIL
KRITERIA
MARKAH
A. Keadaan Persekitaran 40
B. Struktur Dan Penyelenggaraan Kebersihan 94
C. Alat Kemudahan Sanitasi 28
D. Tunjuk Arah / Simbol Jantina 9
E. Aktiviti Pembersihan Tandas 28
F. Keperluan Tambahan 17
G. Hiasan 4
H. Inovasi Dan X-Faktor 10
  JUMLAH 230
% MARKAH : (MARKAH YANG DIPEROLEHI / 230) X 100%

 

6. CADANGAN PENGADIL PENGAUDITAN DAN PENILAIAN PERTANDINGAN

PENGADIL
JABATAN/ AGENSI KERAJAAN
Ketua Pengadil

Pihak Berkuasa Tempatan

(MBMB/MPAG/MPJ/MPHTJ)

Pengadil 1 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM)
Pengadil 2 Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) / Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka (PTHM) / SWCorp / UKT
Pengadil 3 Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Melaka

 

 7.   HADIAH PEMENANG

 7.1    Peringkat Majlis Perbandaran Jasin

KEDUDUKAN PEMENANG
HADIAH
Tempat Pertama RM 1,000.00 + cek contoh + sijil penghargaan
Tempat Kedua RM700.00 + cek contoh + sijil penghargaan
Tempat Ketiga RM500.00 + cek contoh + sijil penghargaan

 

7.2 Peringkat Negeri Melaka

        Hadiah-hadiah pemenang bagi setiap kategori peringkat negeri (13 kategori) adalah RM 5,000.00, cek contoh (mock-cheque) dan sijil penghargaan.

 

8 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

    8.1  Penyertaan setiap kategori hendaklah berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin.
    8.2  Tarikh tutup penyertaan adalah 31 ogos 2021 (Selasa) pukul 4.00 petang.
            Penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dinilai.
    8.3  Penyertaan yang layak akan dimaklumkan melalui surat atau panggilan  telefon.
    8.4 Penilaian panel penilai akan bermula pada 17 September 2021.
           Walaubagaimana pun tempoh penilaian tertakluk perubahan semasa.
    8.5 Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
    8.6  Borang penyertaan yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke alamat :

JABATAN
KATEGORI

JABATAN LANDSKAP DAN PERKHIDMATAN BANDAR,
Majlis Perbandaran Jasin,
Vista  Alamanda,

77000 Jasin,

Melaka

Kategori Kediaman ( Individu ) Dalam Pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) – Taman Perumahan / Kampung
Kategori Kediaman ( individu ) Dalam Pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Baru (JPKKB)
Kategori Kampung Di Bawah Pentadbiran JPKK dan JPKKB
  Kategori Tandas Awam Hak Milik PBT

JABATAN KAWALAN PERNIAGAAN,
Majlis Perbandaran Jasin,
Vista  Alamanda,
77000 Jasin, Melaka

Kategori Kedai Makan / Restoran Hak Milik PBT

 

    8.7  Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai penyelaras berikut  :

JABATAN
PEGAWAI PENYELARAS
NO. TELEFON
Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar Rosman Bin Saponit 016-603 9045
Mohamad Fahrurrazi Bin Saad 019-603 0853
Jabatan Kawalan Perniagaan Nur Syuhadah Binti Azman 018-246 4532
Last Updated: Wednesday, 20 October 2021 - 11:33am