MENU

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di Melaka serta berdaftar dengan MPJ yang mempunyai sijil sijil berikut iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau kod Bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

1. S29/2017 - Memasang Bumbung Gelanggang Futsal Di Merlimau Pasir, MP Jasin, Melaka

2. S30/2017 - Membina Sebuah Gelanggang Futsal Baru Untuk Belia Taman Debunga, MP Jasin

3. S31/2017 - Membina Dewan Serbaguna Bagi Kegunaan Penduduk Taman Panglima Pak, Taman Sri Sempang Dan Taman Awam Sempang

 

 

A. TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN INI DIKELUARKAN

Dokumen Sebutharga ini boleh diperolehi di Kaunter Majlis Perbandaran Jasin, 77000 Jasin, Melaka. Dokumen ini hanya boleh diperolehi mulai 31 Mei 2017 pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang). Syarikat-syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan Sijil-sijil asal dan salinan fotokopi Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) ketika membeli dokumen Sebutharga.

 

B. TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT

Kontraktor yang berminat dikehendaki menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak pada jam 9.30 pagi pada 31 Mei 2017 di Bilik Gerakan, Majlis Perbandaran Jasin, 77000, Jasin, Melaka. Lawatan tapak adalah

DIWAJIBKAN dan hanya Pemilik / Penama di Dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak. Wakil syarikat adalah tidak dibenarkan.

 

C TARIKH DAN TEMPAT PENYERAHAN

Sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah ditulis No. Sebutharga dan tajuk projek di sudut atas sebelah kiri sampul surat serta dimeterai dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Majlis Perbandaran Jasin tidak lewat jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

 

Tender Ref: 
S29/2017-S31/2017
Tender Closing Date: 
Wednesday, 7 June 2017