DEFINISI
 


Y.A/B Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 Januari 2004 telah menyatakan kebimbangannya terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, Jemaah Menteri mencadangkan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat di negara ini contohnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah pencegahan jenayah. Setiap pelan pembangunan pekan dan bandar baru hendaklah mengambil kira aspek-aspek keselamatan.
 
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencadangkan pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan jenayah yang melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan lain-lain agensi yang perlu memainkan peranan di dalam mencapai ke arah pembangunan bandar  yang selamat. Program ini telah diperakui oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 11 Oktober 2004.


DEFINISI Bandar Selamat

Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.


PELAKSANAAN Program Bandar Selamat


Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 memutuskan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat misalnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah untuk mencegah jenayah.