TADIKA
Pendidikan pra-sekolah adalah tahun-tahun yang penting serta merupakan asas kepada pendidikan sebagai persiapan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian membuktikan bahawa pendidikan pra-sekolah dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak serta mempunyai kesan positif jangka panjang dan pendek.
Kanak-kanak yang memasuki tadika mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi, cenderung untuk mencapai kejayaan cemerlang serta memegang jawatan baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak memasuki tadika. Pelaburan dalam pendidikan pra-sekolah adalah bersifat pencegahan dan dapat membantu kanak-kanak berisiko, mempunyai keperluan khas serta yang lemah dalam pembelajaran.
Kesan pendidikan pra-sekolah bergantung banyak kepada kualiti program tadika yang diberikan. Kerajaan Negeri amat berhati-hati dalam mengawasi perkembangan pendidikan pra-sekolah bagi menentukan kecemerlangan pendidikan pra-sekolah.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Unit Pra-Sekolah
Jabatan Pelajaran Melaka
atau
Unit Pendidikan Swasta
Jabatan Pelajaran Melaka
Jalan Istana, Bukit Beruang
75902 Melaka
Tel:+606-232 3777/404
Laman web:www.jpnmelaka.gov.my