MAKAM Tun Teja
Makam yang terletak di Merlimau ini dipercayai makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara, Pahang (Inderapura). Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Syah (1458-1511) apabila Melaka ditawan olen Portugis pada tahun 1511 baginda telah berundur ke Bentayan (Muar), semasa pengunduran inilah Tun Teja yang ketika itu sedang gering dan mangkat. Jasadnya dipercayai dimakamkan di sini dengan penuh adat istiadat. Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi bahkan seorang isteri yang setia serta disayangi oleh Sultan dan telah menumpukan sepenuh ketaatsetiaan kepada negeri ini. Beliau juga telah membangkitkan semangat kepahlawanan dikalangan wanita Melayu negeri ini untuk turut sama mempertahankan negeri ini dari serangan Portugis, segala jasa dan pengorbanan beliau akan tetap dikenang buat selamanya.